Sejarah Chinook (baka anjing)

Arthur T. Walden dan Chinook, 1922

Chinook dapat wujud kerana seorang lelaki: Arthur Treadwell Walden dari Wonalancet, New Hampshire. Baka ini diterbitkan terutamanya daripada seekor leluhur jantan yang lahir pada tahun 1917, bernama "Chinook", yang merupakan anjing pemimpin dan bapa anjing milik Walden. Walden memulakan usaha beliau untuk mewujudkan yang dipercayai oleh beliau dapat menjadi anjing tarikan kereta luncur salji unggul selepas ekspedisi ke Sungai Yukon. Di sana, beliau bekerja bersama dengan pemandu orang Asli Amerika dan anjing beliau bernama Chinook. Walden, dalam usahaa beliau untuk mewujudkan Chinook sendiri, membiakbakakan seekor anjing Greenland yang langsung diturunkan daripada anjing pemimpin ekspedisi Kutub Utara Peary bernama Ningo dengan seekor anjing kacuk mastif/anjing Santo Bernard bernama Kim. Pasangan itu melahirkan tiga ekor anak anjing. Isteri kepada Walden, Katherine Sleeper Walden, menamai anak-anak anjing itu Rikki, Tikki, dan Tavi sempena rujukan kepada The Jungle Book. Apabila Rikki semakin membesar, ia menunjukkan trait-trait yang telah dicari oleh Walden dan dinamai semula Chinook sempena anjing milik teman orang Asli Amerika beliau. "Chinook" diterbitkan daripada pembiakbakaan seekor betina. Foto-foto "Chinook" menunjukkan seekor anjing bertelinga labuh dengan kepala dan muncung lebar mastif. Anjing pemimpin milik Walden dibiakbakakan dengan anjing gembala Belgium, anjing gembala Jerman, anjing Eskimo Kanada, dan mungkin baka-baka lain; keturunan dibiakbakakan kembali dengannya untuk menetapkan jenis yang diingini dan kelihatannya merupakan pembiak kuat bagi trait-traitnya sendiri. Arthur Walden ialah pemandu anjing berpengalaman dengan pengalaman bertahun-tahun di Yukon; beliau merupakan pemandu dan jurulatih pemimpin dalam ekspedisi Antartika Byrd tahun 1929. Beliau dikreditkan kerana pengenalan sukan anjing tarikan kereta luncur salji ke New England dan mengasaskan New England Sled Dog Club pada tahun 1924. "Chinook" yang berusia 12 tahun itu hilang dalam ekspedisi Byrd semasa menghela bekalan berbatu-batu di atas darat dari kapal ke pantai, dan diandaikan telah mati.

Kawalan ternakan pembiakbakaan teras diserahkan daripada Walden kepada Julia Lombard dan daripada beliau kepada Perry Greene pada lewat tahun 1940-an. Greene, seorang ahli sukan luar terkenal, membiakbakakan chinook di Waldoboro, Maine, selama bertahun-tahun sehingga kematian beliau pada tahun 1963. Setelah kekal jarang dan dikawal ketat oleh Greene, yang selama bertahun-tahun merupakan satu-satunya pembiak baka chinook, populasi berkurang secepatnya selepas kematian beliau. Menjelang tahun 1981, hanya sebelas ekor chinook boleh biak baka terselamat.[2] Pembiak baka di Maine, di Ohio, dan di California membahagikan ternakan tersisa dan berjaya menyelamatkan jenis ini daripada kepupusan.

Chinook memperoleh status berdaftar dengan UKC pada tahun 1991;[1] bilangan semasa bagi haiwan berdaftar ialah sekitar 800. Hanya kira-kira 100 ekor anak anjing lahir pada setiap tahun di seluruh dunia. Pejabat pendaftaran mempunyai program pembiakbakaan silang yang dalamnya chinook dibiakbakakan dengan individu daripada baka-baka lain yang dianggap telah menyumbang kepada perkembangan chinook; keturunan persilangan kembali generasi keempat daripada silangan sedemikian boleh diterima sebagai chinook baka tulen UKC jika memenuhi syarat Program Pembiakbakaan Silang Chinook Owner Association.[2]

Chinook menyertai Khidmat Ternakan Asasi American Kennel Club (AKC)[3][4][5] pada tahun 2001 dan kemudian ditambahkan ke dalam Kelas Lain-lain AKC pada tahun 2010.[6] Akhirnya, pada Januari 2013, chinook menjadi baka ke-176 AKC dan menyertai kumpulan pekerja.[7] Chinook masih berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan daripada kelab kenel utama lain.

Kehidupan kerja

Walaupun masih digunakan untuk sukan kereta luncur salji anjing rekreasi oleh sesetengah pemilik, chinook kini kelihatannya digunakan sebahagian besarnya sebagai anjing peliharaan keluarga. Individu juga digunakan untuk dog-packing, pencarian dan penyelamatan, skijoring, dan ujian kepatuhan dan ketangkasan anjing.

Rujukan

WikiPedia: Chinook (baka anjing) http://www.chinookclubofamerica.org/ http://www.chinook.org/ https://curlie.org//Recreation/Pets/Dogs/Breeds/Sp... https://www.ukcdogs.com/chinook https://books.google.com/books?id=94k1mKRcYd0C&pg=... https://books.google.com/books?id=io270OahEdMC&pg=... https://books.google.com/books?id=Z0oPug6xaOgC&pg=... http://www.akc.org/breeds/chinook/did_you_know.cfm http://www.akc.org/breeds/chinook/history.cfm http://newsfeed.time.com/2013/01/12/american-kenne...